LAPORAN AKTIVITI

 

 

TARIKH   : 01 Mac 2018 (Khamis)

MASA      : 10.00 pagi - 05.00 petang

PESERTA : 4 orang

 

 

Program ini memberikan kebaikan kepada komuniti Kampung Beladin yang memberikan kebaikan kepada peserta. Program ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti Beladin terutamanya pekerja-pekerja bagi mentransformasikan mereka ke arah pekerja yang produktif dengan memanfaatkan ilmu ICT.

Peserta program ini merupakan Pendidik Sedidik Beladin bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet  Beladin. Antara aktiviti yang diadakan adalah MS-Excel, E-Rezeki dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

 LAPORAN AKTIVITI

 

 TARIKH  : 24.02.2018 (SABTU)

MASA      : 09.00 PAGI - 05.00 PETANG

LOKASI   : Pi1M BELADIN

PESERTA : 13 ORANG

 TUJUAN

Kelas ini dihadiri sebanyak 13 orang peserta, tujuan kelas ini adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

 

AKTIVITI

Latihan Asas:

  • Sesi taklimat erezeki dan advokasi KDB
  • Sesi Membuat emel baru
  • Sesi pendaftaran Erezeki dan kemaskini maklumat
  • Sesi cari pekerjaan
  • Sesi "training-survey" E-Rezeki

 

240218

 

 

Pada 22 November 2017 (Rabu), Pusat Internet Beladin telah dilawati oleh pelajar cilik daripada Tadika Kemas Beladin. Mereka yang hadir ke lawatan celik ICT ini terdiri daripada 6 orang guru pengiring dan 108 jumlah orang pelajar tadika. Pelajar-pelajar cilik ini didedahkan dengan e-pembelajaran yang interaktif dan menghiburkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan komponen asas komputer seperti monitor, tetikus dan kekunci dan seterusnya dijalankan sesi kuiz untuk pelajar lebih arif mengenai komponen komputer tersebut. Selain itu juga, dijalankan sesi E-pembelajaran iaitu menjawab kuiz dalam www.ABcya.com. Pelajar-pelajar juga dihiburkan dengan tayangan Upin Ipin melalui Youtube. Dalam lawatan ini, PI Beladin mempromosikan fungsi-fungsi dan kemudahan di Pi1M dan melahirkan pelajar yang celik IT di dalam usia muda.

Pusat Internet Beladin menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada belia kampung yang berminat untuk mengisi kerja kosong secara di atas talian. Di dalam E-Pekerjaan ini, peserta akan diberi tunjuk ajar dan nasihat untuk mengisi pekerjaan online. Antara laman sesawang pekerjaan atas talian yang boleh mereka isi adalah seperti www.spa.gov.my, www.jobmalaysia.gov.my dan www.erecruitment.gov.my. Selain itu juga peserta juga akan diberi taklimat cara-cara yang selamat dan bijak semasa melayari internet melalui Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB). 

 

Semasa sesi latihan E-Pekerjaan 

 

Selesai sesi latihan dan taklimat untuk peserta Nor Fahimah (kiri) dan Azela (kanan)

 

 

 

Pada 5-27 April 2017 telah diadakan "Program Intel Learns Easy Step"  bertempat di PEDi Beladin. Program ini dihadiri 10 orang peserta lepasan sekolah yang terdiri dari penduduk Kampung Beladin sendiri. Faedah daripada menyertai program ini, peserta akan memahami asas komputer, menggunakan aplikasi komputer seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia. Di dalam kelas, peserta akan berkomunikasi dan bekerjasama dalam mencipta produk seperti brosur, risalah, belanjawan, laman web dan lain-lain yang berguna dalam kehidupan peribadi, pekerjaan atau di dalam pengurusan perniagaan kecil kelak. Di akhir pembelajaran, peserta akan membangunkan portfolio produk akhir pilihan dan akan mempamerkannya di dalam kelas.