Pada 29 September 2017 yang lepas, pada jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang Pi1M Beladin telah menjalankan Program Hari Dashboard Komuniti MYSOAL, MYKOMUNITI, MYHEALTH, MYSHOP bersama JKKK Kampung Beladin bertempat di Pi Beladin. Sebanyak 64 orang telah mengikuti program ini yang terdiri daripada 14 orang JKKK kampung dan selebihnya merupakan penduduk Kampung Beladin. 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar. Selain itu juga, program ini dapat merapatkan silaturahim di antara Pi1M dengan JKKK Kampung Beladin dan komuniti Beladin amnya.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan:-

  1. Pemeriksaan Tekanan Darah (MYHEALTH)
  2. JOM download APPS
  3. Taklimat Dashboard Komuniti (MYSOAL,MYKOMUNITI, MYSHOP)
  4. Taklimat Advokasi KDB

Sesi taklimat Dashboard Komuniti dan Advokasi sedang dijalankan.

Para JKKK sedang membuat aduan dan hebahan bagi komuniti jagaan mereka.

Para JKKK sedang membuat aduan bagi pihak komuniti di bawah jagaan mereka.

KK Musa sedang membuat hebahan di MYKOMUNITI

Sesi ketua kampung untuk membalas aduan komuniti.

Sesi ketua kampung untuk membalas aduan komuniti.

Kiri berdiri: Cik Normah, Puan Majenah, Puan Suraya Abdullah, Puan Hamsia.

Tengah duduk kerusi, kiri: KK Hassan, KK Aweng, KK Musa

Kanan Berdiri: PuanSarimah, Puan Islinna

Hadapan duduk, kiri: Puan Normina, Puan Suraya Morshidi, En.Suhaili dan Puan Salmiah