Food Fair Festival N.29 Beting Maro

Tarikh : 28.12.2018 (sabtu)

Lokasi : Dewan Masyarakat Beladin

 

Tujuan

Kesedaran dan Promosi Pi Beladin

ü  Pusat Internet Beladin

ü  Dashboard Komuniti (MYKomuniti, MYHealth, Mysoal, Myshop, Myplace)

ü  Advokasi KDB

ü  Erezeki

Pada Disember yang lalu telah berlangsungnya Beladin Food Fair 2018 bermula pada 25hb Disember 2018 dan berakhir pada 31hb Disember 2018. Selain itu, agensi-agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan juga dijemput membuat pameran produk masing-masing di food fair ini. Antara agensi yang terlibat adalah seperti Polis DiRaja Malaysia, Tukun Nasional, Beting Maro Best, Agro Bank, Klinik Kesihatan Beladin, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tekun Nasional dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan karaoke, poco-poco dan futsal.

Selain itu, pada malamnya diadakan persembahan artis dari semenanjung seperti Ayai Ilusi, Nizam Laksamana dan Shidi Data.

 

Galeri Beladin Food Fair 2018

Memaparkan resepi pembuatan makanan tradisional masyarakat Betong khususnya di Beladin.

 

 

 <iframe width="560" height="315" src="/https://www.youtube.com/embed/zZ091P30oto" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

 

 
 

 

 

Kedai Makan Mass Taip terletak di Kampung Hulu Beladin dan berhampiran dengan Sungai Saribas. Kedai ini dibuka bermula pada sebelah petang dari jam 5.00 petang sehingga jam 10.00 malam.

Antara menu masstaip corner cafe adalah seperti:

Mee Belacan 🍜

Nasi goreng ayam/daging/kampung/seafood/pataya/mamak(ayam/daging) 
Mee goreng biasa/ayam/daging
Mee sup biasa/ayam/daging (tulang)
Mee hongkong
Mee bakso
Grill chicken chop🐓      
Fries 🍟

Disini pihak kami akan paparkan produk-produk makanan hasil penduduk tempatan Kampung Beladin dan kawasan di sekitarnya.

 

Nama popularnya Cucur Lemantak diberi gelaran oleh penduduk tempatan kerana ianya dihasilkan dari tepung lemantak.

 

Tepung lemantak yang dihasilkan dari batang pokok Rumbia.

 

Produk paling popular dan paling digemari ini yang dihasilkan oleh penduduk kampung Beladin iaitu sotong kering Tunok dan Manis.