Pada 22 November 2017 (Rabu), Pusat Internet Beladin telah dilawati oleh pelajar cilik daripada Tadika Kemas Beladin. Mereka yang hadir ke lawatan celik ICT ini terdiri daripada 6 orang guru pengiring dan 108 jumlah orang pelajar tadika. Pelajar-pelajar cilik ini didedahkan dengan e-pembelajaran yang interaktif dan menghiburkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan komponen asas komputer seperti monitor, tetikus dan kekunci dan seterusnya dijalankan sesi kuiz untuk pelajar lebih arif mengenai komponen komputer tersebut. Selain itu juga, dijalankan sesi E-pembelajaran iaitu menjawab kuiz dalam www.ABcya.com. Pelajar-pelajar juga dihiburkan dengan tayangan Upin Ipin melalui Youtube. Dalam lawatan ini, PI Beladin mempromosikan fungsi-fungsi dan kemudahan di Pi1M dan melahirkan pelajar yang celik IT di dalam usia muda.

Gambar-gambar lawatan Tadika Kemas Beladin ke Pi1M Beladin:-

Sesi kelas di jalankan dimulakan dengan pengenalan asas komputer & seterusnya e-pembelajaran serta kuiz untuk kanak-kanak Tadika Kemas Beladin

 

Pengenalan asas komputer

Kuiz ICT

E-pembelajaran : www.abcya.com

Hiburan minggu ini : Upin Ipin

 

Tadika Kemas Beladin : Pelajar lelaki (Gambar atas) Pelajat Perempuan (Gambar bawah) bersama enam (6) orang guru pengiring dan dua (2) orang petugas Pi1M Beladin.