Laporan Aktiviti

Tarikh   : 30 Ogos 2018

Masa     : 08.30 pagi - 05.00 petang

Lokasi   : Bilik Latihan Pusat Internet Beladin

Peserta : 30 orang peserta

 

TUJUAN

Latihan asas adalah bertujuan untuk pendaftaran e-rezeki bagi memberi peluang komuniti menjana pendapatan sampingan melalui peluang pekerjaan online. E-usahawan pula memahirkan usahawan online dalam google trends, copywriting (ayat jualan), Facebook for business, Instagram for business, whatapps marketing dan SEO (Search Engine Optimization).

 

AKTIVITI

Latihan Asas:

  • Sesi taklimat erezeki dan advokasi KDB
  • Sesi Membuat emel baru
  • Sesi pendaftaran Erezeki dan kemaskini maklumat
  • Sesi cari pekerjaan
  • Sesi "training-survey" E-Rezeki

Laporan Aktiviti

TARIKH : 14 Julai 2018

MASA    : 08.00 Pagi - 11.00 malam

Lokasi   : Dewan Masyarakat Beladin

Peserta : 20 orang sukarelawan siswa Asean

               3 orang wakil dari Pejabat Daerah Pusa

               9 orang ketua ranting

               2 orang petugas Pusat Internet

 

Program ini merupakan kerjasama antara Siswa Sukarelawan Asean dan dibantu oleh pihak Pejabat Daerah Pusa dan Petugas Pusat Internet Beladin. Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahin antara komuniti dan pihak sukarelawan Asean beserta Dengan petugas pusat internet. Selain itu, program ini membolehkan komuniti berkongsi budaya dari setiap negara yang terlibat.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti gotong-royong, sukaneka bersama komuniti Beladin dan di akhir program ini, pada malamnya diadakan Asean Night iaitu persembahan kebudayaan daripada siswa setiap negara yang terlibat. Sukarelawan siswa yang terlibat terdiri daripada negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Singapura, Laos, Brunei dan Kemboja.

Program : "Komuniti Celik ICT"

Tarikh    : 26 April 2018

Masa      : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari - MS Word

               02.00 petang - 04.00 patang - E-Rezeki

               04.00 petang - 05.00 petang - Advokasi KDB

Lokasi    : Pi Beladin

Tarikh   : 02.05.2018 (Rabu)

Masa     : 09.00 - 11.30 pagi

Lokasi   : Dewan SK Semarang

Peserta  : 61 orang pelajar sekolah rendah SK Semarang dan Guru besar SK Semarang                           berserta 4 orang guru pengiring

Aktiviti   : Quiz KDB dan tayangan video KDB.

Tujuan   ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK:

ü Untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

ü Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap  pengguna yang lain.

ü Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

üMewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

LAPORAN AKTIVITI APRIL

Program : Program Memperkasakan Komuniti ( Pusat Fesyen Beladin - Petugas)

Tarikh     : 18 April 2018 (Rabu)

Masa      : 10.00 pagi - 12.00 tengahari : E-Rezeki

               : 02.00 petang - 04.00 petang : Advokasi KDB

Lokasi     : Pusat Internet  Beladin