Jom Kenali Kampung Beladin...

Kampung Beladin adalah sebuah perkampungan nelayan terbesar di Sarawak di mana bilangan penduduknya mencecah 20,000 orang dan bilangan rumah sebanyak 1,600 buah. Majoriti penduduk yang mendiami Kampung Beladin adalah etnik Melayu. Di samping itu juga, Kampung Beladin turut terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Pusa dalam Bahagian Betong. Tambahan pula, Kampung Beladin juga berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) N.29 Beting Maro yang dipimpin oleh YB Tuan Haji Razaili Bin Gapor dan kawasan Parlimen P.201 Batang Lupar yang dipimpin oleh YB Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli. Selain itu, Kampung Beladin kini sedang membangun di bawah Kerajaan GPS menerusi projek RGC ( Rural Gross Centre ) yang memperlihatkan Kampung Beladin sebuah perkampungan kedua yang dibangunkan menerusi projek tersebut selepas Projek RGC di Kampung Gedong, Simunjan, Sarawak. 

 

 

Peta di bawah menunjukkan lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Beladin.