Pada 15, 29 dan 30 September yang lalu, Pi Beladin telah mengadakan Kursus E-Rezeki (Latihan Asas) buat komuniti di Kampung Beladin. Kursus ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pi Beladin dan telah dihadiri oleh 16 orang penduduk Kampung Beladin. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti menjana pendapatan sampingan bagi mengukuhkan ekonomi mereka. Komuniti yang menjalani kursus serta latihan akan diberikan akses pada platform yang mana pemohon akan memilih tugasan yang dilaksanakan setelah mereka berdaftar secara online pada laman web E-Rezeki di url : http://www.erezeki.my. Pemohon akan dibayar jika tugasan yang dilaksanakan telah selesai dan segala pembayaran untuk tugasan ini dilakukan melalui akaun bank atau paypal.

Gambar semasa sesi latihan dijalankan:-

Peserta yang hadir pada 15 September 2017, Rupa dan Satria.

 

 

Kursus E-Rezeki 29 September 2017

Erezeki 29 September 2017, kiri: Puan Islinna (pengurus pi1m Beladin), Nor amira, Umi Norshafika, Zarina, Mohd Zashazeren dan Mohd Wira.

Kursus E-Rezeki 30 September 2017

Peserta E-Rezeki 30 September 2017

Peserta E-Rezeki 30 September 2017