Belia adalah aset bangsa dan negara. Jika belia itu maju dan berjaya, ianya akan mencerminkan kemajuan bangsa untuk negara. Belia merupakan harapan kepada sesebuah negara kerana belialah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa depan. Dalam membentuk belia yang bermatlamat, berwawasan dan mempunyai jati diri, beberapa agensi badan kerajaan mahupun swasta telah dibentuk dalam merealisasikan matlamat tersebut. Antaranya ialah Persatuan Nelayan, Persatuan Belia Nelayan dan Persatuan Belia.


Antara Aktiviti-Aktiviti PERSATUAN BELIA KAMPUNG Beladin

  • Mengadakan aktiviti menjana minda dan kerohanian belia.
  • Mengikuti setiap program anjuran JKKK/JKKKP dan persatuan-persatuan lain.
  • Merancang dan mengatur strategi bagi menyediakan landasan yang membawa hala tuju belia ke arah kecemerlangan.
  • Merancang dan melaksana program yang membawa ke arah perpaduan, keharmonian masyarakat serta keindahan dan keceriaan persekitaran.
  • Mewujudkan kumpulan kebudayaan yang menjurus ke arah perpaduan dan peningkatan ekonomi yang boleh disertai oleh semua golongan peringkat umur.
  • Mengikuti program yang dilaksanakan oleh Persatuan Nelayan, Persatuan Belia Nelayan dan Persatuan Belia.

 

Menghantar Ahli Belia mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan antaranya kursus pengusaha madu kelulut, kursus ternakan kambing atau lembu, kursus penanaman kelapa sawit, kursus nelayan dan sebagainya.

 

Melibatkan para belia dengan aktiviti yang dianjurkan antaranya pertandingan bola sepak, futsal dan pelbagai lagi.