PI Beladin telah menyediakan Latihan Asas E-Rezeki "Klik sikit-sikit, lama-lama banyak duit" yang dijalan kan pada 28, 29 dan 31 Oktober 2017 bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Latihan ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada komuniti setempat terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital. Selain itu, membuka saluran alternatif kepada komuniti untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang kerja online dan juga mewujudkan penggunaan internet yang positif di kalangan pengguna internet di Malaysia.

Semasa sesi E-rezeki: -

 

Sesi selepas E-Rezeki:-

28 November 2017 : (Gambar dari kiri ke kanan) Cik Norafieza, Puan Saha, Puan Norfaizah, Puan Nurul, Puan Seniah, Puan Hasnor dan Puan Julia. 

(Gambar kiri - Gambar dari kiri ke kanan) Puan Mastora, Puan Rosnah, Puan Suriati dan Puan Juliana.

(Gambar kanan - Gambar dari kiri ke kanan) Puan Ommi dan Puan Siti Roziana

(Gambar dari kiri ke kanan) Cik Nurasfazira bersama adik dan Encik Rahman

 

 

 

Sempena Beting Maro Festival Food Fair 2017, PI Beladin telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menyertai booth pameran yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Beladin Town Square pada 22-23 September 2017.  Tujuan Pi1M Beladin menyertai pameran booth ini untuk mempromosikan PI Beladin dalam kalangan ahli dan dengan komuniti setempat khasnya komuniti Kampung Beladin itu sendiri. Di samping itu menerangkan tentang fungsi Pusat Internet ini kepada komuniti dan juga menarik lebih ramai penduduk kampung menjadi ahli PI Beladin. Pameran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti mengadakan kuiz seperti Kuiz KDB dan KAHOOT PI mendapat sambutan yang positif.

Pada 29 September 2017 yang lepas, pada jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang Pi1M Beladin telah menjalankan Program Hari Dashboard Komuniti MYSOAL, MYKOMUNITI, MYHEALTH, MYSHOP bersama JKKK Kampung Beladin bertempat di Pi Beladin. Sebanyak 64 orang telah mengikuti program ini yang terdiri daripada 14 orang JKKK kampung dan selebihnya merupakan penduduk Kampung Beladin. 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar. Selain itu juga, program ini dapat merapatkan silaturahim di antara Pi1M dengan JKKK Kampung Beladin dan komuniti Beladin amnya.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan:-

  1. Pemeriksaan Tekanan Darah (MYHEALTH)
  2. JOM download APPS
  3. Taklimat Dashboard Komuniti (MYSOAL,MYKOMUNITI, MYSHOP)
  4. Taklimat Advokasi KDB

Pada 15, 29 dan 30 September yang lalu, Pi Beladin telah mengadakan Kursus E-Rezeki (Latihan Asas) buat komuniti di Kampung Beladin. Kursus ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pi Beladin dan telah dihadiri oleh 16 orang penduduk Kampung Beladin. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti menjana pendapatan sampingan bagi mengukuhkan ekonomi mereka. Komuniti yang menjalani kursus serta latihan akan diberikan akses pada platform yang mana pemohon akan memilih tugasan yang dilaksanakan setelah mereka berdaftar secara online pada laman web E-Rezeki di url : http://www.erezeki.my. Pemohon akan dibayar jika tugasan yang dilaksanakan telah selesai dan segala pembayaran untuk tugasan ini dilakukan melalui akaun bank atau paypal.

 

Program Dashboard Komuniti merupakan antara program tahunan yang wajib dilaksanakan oleh PEDi Beladin. Pada 17 November 2016, PEDi Beladin yang dianggotai oleh Puan Islinna Othman, Pengurus Pi Beladin, En. Wan Mohamad Firdaus Wan Japar, Penolong Pengurus Pi Beladin, dan En. Taher Elmahdy, Squad Pi Beladin, telah mengadakan program Dashboard Komuniti 'My Skool' di Sekolah Kebangsaan Muton, Debak. Tambahan pula, pihak SK Muton pula diwakili oleh 3 orang tenaga pengajar dan seramai 37 orang pelajar sekolah melibatkan pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.Program ini diadakan di makmal komputer SK Muton.