Pada 5-27 April 2017 telah diadakan "Program Intel Learns Easy Step"  bertempat di PEDi Beladin. Program ini dihadiri 10 orang peserta lepasan sekolah yang terdiri dari penduduk Kampung Beladin sendiri. Faedah daripada menyertai program ini, peserta akan memahami asas komputer, menggunakan aplikasi komputer seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia. Di dalam kelas, peserta akan berkomunikasi dan bekerjasama dalam mencipta produk seperti brosur, risalah, belanjawan, laman web dan lain-lain yang berguna dalam kehidupan peribadi, pekerjaan atau di dalam pengurusan perniagaan kecil kelak. Di akhir pembelajaran, peserta akan membangunkan portfolio produk akhir pilihan dan akan mempamerkannya di dalam kelas. 

Kelas persijilan (Program Intel Learns Easy Steps):-      Pesijilan ini memberi kelebihan untuk peserta bagi melengkapi diri bagi menempuhi alam pekerjaan dan bermanfaat untuk menaikkan sosio ekonomi sendiri dan keluarga.Bahkan ilmu yang berguna untuk kehidupan seharian.Hadapan (duduk) : Wan Mohd Firdaus (AM PI1M Beladin)Peserta program : Nur Aisyah, Nur Suraya, Yuminaroja, Saidah, Mastura,Junaidah Norfarahin, Nur Fatihah, Norfaizatul, Mastura & Ellly Shazlin