Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Beladin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.

WhatsApp-Image-2023-08-11-at-10.13.52-AM

ALAMAT

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Beladin
Lot RGC Beladin
94950 Pusa
Betong, Sarawak

NADI merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence. Projek ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Pusat Internet  diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendedahkan masyarakat luar bandar amnya kepada penggunaan komputer dan pengaplikasian ilmu ICT selaras dengan kemajuan Malaysia dalam bidang teknologi maklumat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI Beladin sebagai sebuah rangkaian untuk setiap lapisan komuniti Beladin menerusi rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik (e-goverment), rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini sejajar dengan wawasan negara dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Dalam persediaan ke arah mencapai hasrat tersebut, NADI Beladin telah diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang bercirikan tempatan di mana isi kandungannya memfokuskan kearah maklumat atau isu-isu tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat kepelbagaian perkhidmatan seperti:

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • e-Dagang (e-Commerce)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan.
  • Institusi  Integrasi Sosial.

 

Pelbagai kelas dan Program berkonsepkan ICT merupakan agenda utama penubuhan PEDi Beladin antaranya adalah:

  • Kelas Microsoft
  • Intel Learning Program
  • 1 Citizen
  • Klik Dengan Bijak
  • Klik Pengguna Bijak Usahawan
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan sebagainya), dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, PEDi Beladin turut menyediakan servis perkhidmatan seperti berikut kepada anda :

  1. Fotokopi
  2. Laminate
  3. Percetakan
  4. Penjilidan
  5. Pengimbasan
  6. Komputer & internet (wifi zone)

Masa Operasi PEDi Beladin

Isnin - Ahad ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang ) ( 1.00 tengahari - 2.00 petang ) REHAT
 
Ditutup pada CUTI UMUM