Beladin Fashion Centre , 61th Merdeka Day Special

 

 

Pusa

 

Kali ini team Menarik di Betong akan membawa anda merungkai sejarah Dayang Isah Tandang Sari Lagenda Puteri Saribas

Stay Tuned Like Page FB Menarik Di Betong

 

 

Destinasi Pelancongan yang berhampiran dengan Kampung Beladin:

 

Makam Dayang Esah Tandang Sari

Makam Temenggong Kadir

Taman Negara Maludam

 

 
Makam Dayang Esah Tandang Sari  

 

 

The Amazing of Beladin through Foreigner's Eyes merupakan sebuah dokumentari ringkas mengenai keindahan tersembunyi di Kampung Beladin. Dokumentari ringkas ini diterbitkan oleh Mr. Taher Elmahdy dan dibantu Muhd Adib Fahmi, penduduk asal Beladin. Menurut Mr. Taher, Kampung Beladin telah memberikan satu kehidupan dan pengalaman baru bagi dirinya yang berasal daripada Mesir. Beliau turut menambah di mana kebudayaan dan keunikan yang terdapat di Kampung Beladin telah membuatkan dirinya jatuh cinta pada Kampung Beladin. Bagi meluahkan rasa cinta tersebut, beliau akhirnya menciptakan sebuah dokumentari ringkas mengenai Kampung Beladin. Beliau menggambarkan keistimewaan yang tersembunyi di Kampung Beladin menerusi pandangan mata seorang pendatang baharu dari Mesir. Beliau amat berterima kasih kepada penduduk kampung kerana telah banyak membantu beliau menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di samping pertuturan yang jauh berbeza. Kini, beliau berupaya untuk berbahasa Melayu sedikit demi sedikit setelah membiasakan dirinya berkomunikasi dengan penduduk kampung. 

Dokumentari ringkas tersebut boleh disaksikan di YouTube. Oleh itu, kami sertakan link di bawah untuk anda mengamati sebuah dokumentari The Amazing of Beladin through Foreigner's Eyes . 

https://www.youtube.com/watch?v=7-vYewn4CoA