Kisah Kejayaan - Keusahawanan
Nama : 1. Sarimah Binti Sapong (56 tahun)
2. Muhd Syakirin Bin Jamel (22 tahun)
3. Normina Bt Atong (49 Tahun)
4. Mohd. Zashazeren Bin Morshidi (34 tahun)
Ahli : 2010 - 2011
Latar belakang Puan Sarimah pembuat roti sepit berperisa pandan, kacang dan biasa Puan Normina pula pembuat Gula Mitai berperisa biasa dan kacang. Manakala Mohd Zashazeren menghasilkan produk Madu kelulut Asli. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Pendapatan bulanan mereka 100-500 sebulan jualan menerusi facebook.bagi permintaan di Sarawak sahaja. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Kini mereka berjaya membuka akaun kedai di shopee sebagai langkah baru untuk menarik pelanggan di seluruh Malaysia dan meningkatkan lagi hasil jualan. |
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuka kedai di pusat jualan shopee
- Mempelajari cara menambah produk.di shopee
- Mempelajari cara mengambil pesanan di shopee
- Mempelajari cara memproses penghantaran produk di shopee
- Mempelajari cara membuat pemasaran
- Mempelajari cara mengurus kewangan
- Mempelajari cara melihat rumusan perniagaan.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mereka membuka kedai jualan di SHOPEE dan memahirkan mereka cara menambah produk, melihat pesanan, memproses penghantaran, membuat pemasaran, mengurus kewangan dan melihat rumusan perniagaan di SHOPEE.
KISAH KEJAYAAN - PROGRAM CELIK ICT MS OFFICE (MS WORD/EXCEL/POWERPOINT)
NAMA : 1. NUR AZNI BT MOHAMAD
2. NATASA BT NOH
3. SYAHRUN HAKIMI BIN TAHIR
4. MOHD AIMAN BIN RASDI
5. MOHD HAIKAL IKHWAN BIN RAZENI
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 2020
Latar belakang
Mereka merupakan pelajar lepasan sekolah SMK Beladin. Semasa menunggu kemasukkan untuk melanjutkan persekolahan ke tingkatan 6, mereka ingin mempelajari Ms Office seperti MS Word, Excel dan PowerPoint untuk bekalan ilmu bagi menempuhi segala tugasan di tingkatan 6 nanti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mereka hanya mengetahui perkara asas mengenai ms Office (ms Word, Excel dan Powerpoint).
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Beladin selama tiga hari,mereka kini telah mahir menggunakan ms Word, Excel dan Powerpoint.
Kisah Kejayaan
PROGRAM CELIK ICT - E-PEKERJAAN
NAMA : Nurul Faqihah Bt Mahdir & Amni Farhana Bt Hang Tuah
UMUR : 18 Tahun
AHLI : 2020
Latar belakang
Mereka merupakan pelajar lepasan sekolah SMK Beladin dan tidak akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Justeru itu, mereka menghadiri kelas E-pekerjaan di PI Beladin bagi melengkapi diri untuk menempuhi dunia pekerjaan. Mereka mempelajari cara membuat resume dengan MS Word dan juga mendaftar pekerjaan online di laman web E-Recruitment dan SPA8i.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mereka belum pernah mempunyai resume dan mengisi pekerjaan online
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini mereka mempunyai resume untuk menghadiri mana-mana interview pekerjaan dan mempunyai akaun di laman web pekerjaan yang telah lengkap.
KISAH KEJAYAAN - PROGRAM CELIK ICT (E-PEKERJAAN)
NAMA : 1. NUR HUSNINA LIYANA BT BUJANG
2. NUR DHIA QURRATU AINI BT HJ NELLY
3. NUR SHIFA NASRIN BT DERAMAN
4. SALMA DALILA BT BOKRI
5. NURUL SIFA IZA BT RADUAN
6. SALINA BT SABLI
7. SITI HAJAR BT MOHAMAD HARON
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 2020
Latar belakang
Mereka merupakan pelajar lepasan sekolah SMK Beladin dan tidak akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Justeru itu, mereka menghadiri kelas E-pekerjaan di PI Beladin bagi melengkapi diri untuk menempuhi dunia pekerjaan. Mereka mempelajari cara membuat resume dengan MS Word dan juga mendaftar pekerjaan online di laman web E-Recruitment dan SPA8i.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Mereka belum pernah mempunyai resume dan mengisi pekerjaan online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kini mereka mempunyai resume untuk menghadiri mana-mana interview pekerjaan dan mempunyai akaun di laman web pekerjaan yang telah lengkap.
USAHAWAN KECIL (KEDAI RUNCIT)
NAMA : RAHMAN BIN MORNI
UMUR : 45 TAHUN
AHLI : 2016
Latar belakang
Beliau merupakan usahawan kecil kedai runcit di Kampung Beladin dan seorang yang aktif mengikuti pelbagai kelas keusahawan bagi kemajuan diri dan perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau belum mempunyai halaman perniagaan di facebook, kurang pengetahuan cara-cara posting produk, dan kurang kemahiran mengambil gambar produk.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Beladin, kini beliau mempunyai halaman perniagaan, mahir memnbuat postwritting yang hebat dan juga mahir mengambil gambar produk dengan baik.