Cik suhaila merupakan cikgu di Sedidik Beladin. Oleh kerana minat, beliau berniaga secara online bagi menambah pendapatan sampingan.

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar sekitar RM100-200 sebulan. Dengan jualan pakaian wanita.

Kini produk jualan beliau bertambah dengan produk hasil daripada kebun sendiri iaitu produk buah-buahan. Ini telah menambahkan lagi pendapatan bulanan beliau, sekitar 200-400 sebulan.

PI Beladin membantu mempromosikan produk menerusi MYSHOP, Dashboard komuniti. Beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook dan Instagram dan mempelajari cara-cara mengambil gambar-gambar produk untuk di promosi.

 

Cik Shamin berjinak dengan perniagaan online sejak tahun 2016 dengan hanya menjual tudung sahaja untuk stok di rumah. Tetapi keuntungan agar kurang kerana tiada modal besar untuk membeli stok tudung. Kini dengan kaedah dropship telah memberi peluang kepada beliau untuk memperkembangkan lagi perniagaan dengan pelbagai fashion pakaian dan tudung terkini. Dengan adanya bimbingan ICT, dan kaedah dropship telah menarik banyak pelanggan. Kini beliau memperolehi keuntungan sekitar RM300 sebulan. Sekiranya anda berminat, boleh layari laman Facebook beliau Syamryn Atiqa Rahman dan boleh menghubungi beliau di talian 014-9739565.

 

Fafa Mraz Jimmy atau nama sebenarnya Nurfazira Binti Marais berniaga kecil-kecilan dengan mengusahakan perniagaan produk kanta mata pada awal tahun 2016.  Beliau melihat perniagaan ini popular dalam kalangan warga bandar namun beliau melihat perniagaan ini mampu berkembang dan menjadi tarikan penduduk kampung Beladin khasnya golongan orang muda terutamanya belia wanita. Tambahan pula, harga yang beliau tawarkan sekitar rm25.00 - rm35.00 sahaja. Kanta mata yang dijual berdasarkan corak atau jenis kanta mata. Bagi yang bercorak biasa, harganya RM25.00, manakala bagi yang bercorak unik harganya RM35.00. Bagi kos penghantaran pula, hanya dalam lingkungan rm3.00 - RM4.00 mengikut jarak penghantaran. Untuk pembeli dari kawasan lain selain penduduk kampung Beladin, beliau menawarkan penghantaran melalui kaedah pos laju. Pada awalnya, beliau hanya mempunyai pendapatan sekitar RM300 - Rm400 sahaja sebulan. Setelah dibimbing oleh Sukarelawan Pusat Internet Beladin, beliau diajar cara membuat pemasaran online dengan lebih menarik lagi dari segi cara-cara mempromosikan produk sehingga ke cara-cara pembungkusan. Kini, pendapatan beliau mencecah sehingga RM600.00 - RM700.00 sebulan.

Puan Ramona Binti Nyai atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mona sudah berkecimpung dengan perniagaan menjual kek pada tahun 2014. Beliau mengambil tempahan kek harijadi dan ada juga menjual kek harijadi yang sduah sedia untuk dijual tetapi dalam harga bajet. Di musim perayaan pula, Mona mengambil tempahan kek lapis Sarawak. Beliau pada mulanya hanya mengambil tempahan di rumah sahaja. Namun begitu, setelah diperkenalkan dengan cara pemasaran melalui online iaitu menggunakan whatapps dan facebook, perniagaan beliau berkembang dan menerima banyak tempahan secara online. Pendapatan beliau kini mencecah rm500 ke atas berbanding sebelum ini yang hanya kurang dari RM300 sebulan. Bagi menarik pelanggan untuk membeli juga, beliau menawarkan penghantaran dari rumah ke rumah dengan cas yang berpatutan. 

Puan Saha binti Dillah atau lebih dikenali dengan panggilan Ibuk Saha berjinak berniaga kecil-kecilan dengan membuat dan menjual roti pau berinti kacang,mentega, coklat dan kelapa hanya dari rumah pada tahun 2012.  Kini perniagaan beliau berkembang dengan bantuan AIDA dan TEKUN serta beliau menjual pelbagai jenis makanan lain dengan terbina gerai sendiri di hadapan rumah. Pada tahun 2015, beliau menggunakan media sosial(facebook) untuk mempromosi produk makanan dan ini menarik pelanggan serta menambah pendapatan harian. Sebelum penglibatan PEDi, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-RM200 sahaja sebulan.