Puan Saha binti Dillah atau lebih dikenali dengan panggilan Ibuk Saha berjinak berniaga kecil-kecilan dengan membuat dan menjual roti pau berinti kacang,mentega, coklat dan kelapa hanya dari rumah pada tahun 2012.  Kini perniagaan beliau berkembang dengan bantuan AIDA dan TEKUN serta beliau menjual pelbagai jenis makanan lain dengan terbina gerai sendiri di hadapan rumah. Pada tahun 2015, beliau menggunakan media sosial(facebook) untuk mempromosi produk makanan dan ini menarik pelanggan serta menambah pendapatan harian. Sebelum penglibatan PEDi, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-RM200 sahaja sebulan.

Pada tahun 2016, Puan Saha telah dibimbing oleh Sukarelawan PEDi Beladin meningkatkan mengetahuan beliau menggunakan facebook sebagai saluran untuk mempromosikan produk makanan jualan beliau dengan lebih cepat dan menarik. Walaupun beliau sudah memiliki akaun facebook tetapi beliau hanya menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan sahaja. Setelah dibantu oleh sukarelawan PEDi, beliau telah menggunakan facebook sebagai agen pengiklanan yang lebih berkesan. Beliau memuat turun gambar-gambar produk makanan dengan cara yang lebih menarik dan memikat hati pelanggan untuk membelinya. Beliau juga menawarkan perkhidmatan COD (Cash On Delivery) untuk menarik pelanggan membeli makanan yang di iklan oleh beliau. Selain itu juga, beliau mempelajari cara-cara membungkus produk makanan beliau dengan cara yang betul supaya lebih menarik ramai pelanggan. Kini, pendapatan yang beliau perolehi mencecah RM400-RM500 sebulan.

 

Media sosial (Facebook) yang digunakan oleh Ibuk Saha. 

 

 

Salah satu promosi yang digunakan Ibuk Saha.

 

Produk makanan yang dijual Ibuk Saha.