USAHAWAN KECIL (KEDAI RUNCIT)

NAMA  : RAHMAN BIN MORNI 

UMUR  : 45 TAHUN

AHLI   : 2016

Latar belakang

Beliau merupakan usahawan kecil kedai runcit di Kampung Beladin dan seorang yang aktif mengikuti pelbagai kelas keusahawan bagi kemajuan diri dan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau belum mempunyai halaman perniagaan di facebook, kurang pengetahuan cara-cara posting produk, dan kurang kemahiran mengambil gambar produk.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Beladin, kini beliau mempunyai halaman perniagaan, mahir membuat postwritting yang hebat dan juga mahir mengambil gambar produk dengan baik.

Program Celik ICT "RESUME"

Tarikh : 27 Jun 2019

Masa  : 02.00 - 05.00 Petang

Tempat : PI Beladin

Peserta : Mohammad Faisal Bin Zulkipli

Peserta diberi template resume yang telah disediakan oleh petugas PI. 

Latar belakang

Mohammad faisal menjalankan perniagaan persendirian iaitu perkhidmatan memandu lori. Usaha beliau untuk mencari kerja yang lebih baik membawa beliau untuk hadir dan meminta bantuan daripada petugas PI Beladin. Beliau memohon bantuan untuk memberi tunjuk ajar cara-cara membuat resume bagi memohon pekerjaan sebagai pemandu lori.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Mohammad Faisal tidak mahir dalam menggunakan MS Words dan cara-cara membuat resume.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kelas membuat resume menjadikan beliau berjaya menyiapkan resume dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas PI Beladin.

MENJUAL PRODUK KECANTIKAN, PAKAIAN, BEG, KASUT DAN SEBAGAINYA.

Nama : Puan Salbiah Bt Junaidy

Umur : 25 Tahun

Latar belakang

Puan salbiah merupakan seorang suri rumahtangga dan pada tahun 2010 beliau mula berjinak untuk menjual produk kecantikan secara atas talian. Lama-lamanya pelanggan semakin ramai dan permintaan pun semakin meningkat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan sedikit produk untuk jualan pertama di atas talian dengan hasil keuntungan RM100- RM 150.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau lebih yakin untuk menjual atas talian dan produk jualan juga semakin bertambah untuk memenuhi permintaan yang semakin ramai. Hasil keuntungan RM 200- RM500

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui facebook dan lain-lain.

Mempelajari cara mencari pembekal dan menjadi agen jualan.

Mempelajari cara-cara mengambil gambar-gambar produk untuk di promosikan.

"RESUME" DAN KLIK DENGAN BIJAK

NAMA : ZULHILMI BIN LAILA
UMUR : 22 TAHUN

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, beliau hanya datng ke PI hanya untuk menonton Youtube.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mengikuti kelas Asas Komputer yang dijalan oleh Petugas PI dan beluai menggunakan
kemahiran tersebut untuk membuat "Resume" beliau sendiri dan dengan bantuan petugas PI.

MENJUAL PRODUK KECANTIKAN DAN KEDAI RUNCIT

Nama : Ayu Fatihah Binti Ahmad

Umur : 29

LATAR BELAKANG

Puan Ayu telah berniaga sejak tahun 2016 dengan menjual produk kecantikan dan juga menjadikan kedai runcit yang diusahakan oleh keluarganya sebagai kedai di atas talian.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Bermula dengan 1 produk dan hasil keuntungan RM100-RM150.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Beliau mempromosikan produk jualan dan perniagaan beliau melalui Facebook dan kini produk yang ditawarkan semakin bertambah dan hasil keuntungan beliau meningkat ke RM200-RM500.