Fafa Mraz Jimmy atau nama sebenarnya Nurfazira Binti Marais berniaga kecil-kecilan dengan mengusahakan perniagaan produk kanta mata pada awal tahun 2016.  Beliau melihat perniagaan ini popular dalam kalangan warga bandar namun beliau melihat perniagaan ini mampu berkembang dan menjadi tarikan penduduk kampung Beladin khasnya golongan orang muda terutamanya belia wanita. Tambahan pula, harga yang beliau tawarkan sekitar rm25.00 - rm35.00 sahaja. Kanta mata yang dijual berdasarkan corak atau jenis kanta mata. Bagi yang bercorak biasa, harganya RM25.00, manakala bagi yang bercorak unik harganya RM35.00. Bagi kos penghantaran pula, hanya dalam lingkungan rm3.00 - RM4.00 mengikut jarak penghantaran. Untuk pembeli dari kawasan lain selain penduduk kampung Beladin, beliau menawarkan penghantaran melalui kaedah pos laju. Pada awalnya, beliau hanya mempunyai pendapatan sekitar RM300 - Rm400 sahaja sebulan. Setelah dibimbing oleh Sukarelawan Pusat Internet Beladin, beliau diajar cara membuat pemasaran online dengan lebih menarik lagi dari segi cara-cara mempromosikan produk sehingga ke cara-cara pembungkusan. Kini, pendapatan beliau mencecah sehingga RM600.00 - RM700.00 sebulan.

Media sosial (Facebook) yang digunakan oleh Nurfazira Binti Marais.

  

Selain facebook, beliau juga menggunakan laman Intagram (IG) : Fafamrazjimmy