Kisah Kejayaan - Keusahawanan

Nama : 1. Sarimah Binti Sapong (56 tahun)

            2. Muhd Syakirin Bin Jamel (22 tahun)

            3. Normina Bt Atong (49 Tahun)

            4. Mohd. Zashazeren Bin Morshidi (34 tahun)

Ahli : 2010 - 2011

Latar belakang

Puan Sarimah pembuat roti sepit berperisa pandan, kacang dan biasa Puan Normina pula pembuat Gula Mitai berperisa biasa dan kacang. Manakala Mohd Zashazeren menghasilkan produk Madu kelulut Asli.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan mereka 100-500 sebulan jualan menerusi facebook.bagi permintaan di Sarawak sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini mereka berjaya membuka akaun kedai di shopee sebagai langkah baru untuk menarik pelanggan di seluruh Malaysia dan meningkatkan lagi hasil jualan.

Apa yang dipelajari melalui PI

 

-       Mempelajari cara membuka kedai di pusat jualan shopee

-       Mempelajari cara menambah produk.di shopee

-       Mempelajari cara mengambil pesanan di shopee

-       Mempelajari cara memproses penghantaran produk di shopee

-       Mempelajari cara membuat pemasaran

-       Mempelajari cara mengurus kewangan

-       Mempelajari cara melihat rumusan perniagaan.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

-       PI membantu mereka membuka kedai jualan di SHOPEE dan memahirkan mereka cara menambah produk, melihat pesanan, memproses penghantaran, membuat pemasaran, mengurus kewangan dan melihat rumusan perniagaan di SHOPEE.

 

 

KISAH KEJAYAAN - PROGRAM CELIK ICT MS OFFICE (MS WORD/EXCEL/POWERPOINT)

NAMA  : 1. NUR AZNI BT MOHAMAD

                2. NATASA BT NOH

                3. SYAHRUN HAKIMI BIN TAHIR

                4. MOHD AIMAN BIN RASDI

                5. MOHD HAIKAL IKHWAN BIN RAZENI

UMUR  : 18 TAHUN

AHLI    : 2020

 

Latar belakang

Mereka merupakan pelajar lepasan sekolah SMK Beladin. Semasa menunggu kemasukkan untuk melanjutkan persekolahan ke tingkatan 6, mereka ingin mempelajari Ms Office seperti MS Word, Excel dan PowerPoint untuk bekalan ilmu bagi menempuhi segala tugasan di tingkatan 6 nanti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mereka hanya mengetahui perkara asas mengenai ms Office (ms Word, Excel dan Powerpoint).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Beladin selama tiga hari,mereka kini telah mahir menggunakan ms Word, Excel dan Powerpoint.

Gambar disini

Kisah Kejayaan 

PROGRAM CELIK ICT - E-PEKERJAAN

NAMA : Nurul Faqihah Bt Mahdir & Amni Farhana Bt Hang Tuah

UMUR : 18 Tahun

AHLI  : 2020

Latar belakang

Mereka merupakan pelajar lepasan sekolah SMK Beladin dan tidak akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Justeru itu, mereka menghadiri kelas E-pekerjaan di PI Beladin bagi melengkapi diri untuk menempuhi dunia pekerjaan. Mereka mempelajari cara membuat resume dengan MS Word dan juga mendaftar pekerjaan online di laman web E-Recruitment dan SPA8i.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mereka belum pernah mempunyai resume dan mengisi pekerjaan online

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini mereka mempunyai resume untuk menghadiri mana-mana interview pekerjaan dan mempunyai akaun di laman web pekerjaan yang telah lengkap.

Gambar disini

KISAH KEJAYAAN - PROGRAM CELIK ICT (E-PEKERJAAN)

NAMA : 1. NUR HUSNINA LIYANA BT BUJANG

               2. NUR DHIA QURRATU AINI BT HJ NELLY

               3. NUR SHIFA NASRIN BT DERAMAN

               4. SALMA DALILA BT BOKRI

               5. NURUL SIFA IZA BT RADUAN

               6. SALINA BT SABLI

               7. SITI HAJAR BT MOHAMAD HARON

UMUR : 18 TAHUN

AHLI   : 2020

Latar belakang

Mereka merupakan pelajar lepasan sekolah SMK Beladin dan tidak akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Justeru itu, mereka menghadiri kelas E-pekerjaan di PI Beladin bagi melengkapi diri untuk menempuhi dunia pekerjaan. Mereka mempelajari cara membuat resume dengan MS Word dan juga mendaftar pekerjaan online di laman web E-Recruitment dan SPA8i.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Mereka belum pernah mempunyai resume dan mengisi pekerjaan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini mereka mempunyai resume untuk menghadiri mana-mana interview pekerjaan dan mempunyai akaun di laman web pekerjaan yang telah lengkap.

Gambar disini

 

 

USAHAWAN KECIL (KEDAI RUNCIT)

NAMA  : RAHMAN BIN MORNI 

UMUR  : 45 TAHUN

AHLI   : 2016

Latar belakang

Beliau merupakan usahawan kecil kedai runcit di Kampung Beladin dan seorang yang aktif mengikuti pelbagai kelas keusahawan bagi kemajuan diri dan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau belum mempunyai halaman perniagaan di facebook, kurang pengetahuan cara-cara posting produk, dan kurang kemahiran mengambil gambar produk.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Beladin, kini beliau mempunyai halaman perniagaan, mahir memnbuat postwritting yang hebat dan juga mahir mengambil gambar produk dengan baik.