Program Dashboard Komuniti merupakan antara program tahunan yang wajib dilaksanakan oleh PEDi Beladin. Pada 17 November 2016, PEDi Beladin yang dianggotai oleh Puan Islinna Othman, Pengurus Pi Beladin, En. Wan Mohamad Firdaus Wan Japar, Penolong Pengurus Pi Beladin, dan En. Taher Elmahdy, Squad Pi Beladin, telah mengadakan program Dashboard Komuniti 'My Skool' di Sekolah Kebangsaan Muton, Debak. Tambahan pula, pihak SK Muton pula diwakili oleh 3 orang tenaga pengajar dan seramai 37 orang pelajar sekolah melibatkan pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.Program ini diadakan di makmal komputer SK Muton.

Pada 18 November 2016, program Dashboard Komuniti 'My Skool' dilaksanakan di SK Beladin dengan diwakili oleh seorang tenaga pengajar dan seramai 349 orang pelajar merangkumi pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Manakala, pada 22 November 2016, Pusat Internet 1Malaysia menerima kunjungan ilmu daripada tadika KEMAS Beladin yang diwakili 6 orang tenaga pengajar dan seramai 101 orang pelajar yang merangkumi pelajar yang berumur 5 tahun dan 6 tahun.

Gambar 1 : Program Dashboard Komuniti My Skool bersama para pelajar SK Muton.

Program Dashboard Komuniti 'My Skool' ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pihak sekolah berkenaan dengan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti 'My Skool' ini dalam membantu kelancaran pengurusan pihak sekolah disamping merapatkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa para pelajar. Di samping itu, program ini juga dirangkumkan 'Klik Dengan Bijak' kepada para pelajar sekolah sebagai pendidikan awal kepada para pelajar dalam dunia teknologi maklumat supaya menjadi pengguna internet yang bijak dan berhemah.

Gambar 2 : Program Dashboard Komuniti My Skool bersama para pelajar SK Beladin.

Dalam konteks ini, pendedahan 'Klik Dengan Bijak' juga membuka mata para pelajar mengenai jenayah siber seperti buli siber, keburukan berkongsi secara berlebihan, dan penipuan siber. Tambahan pula, program ini juga turut mendedahkan peranan para penjaga terutamanya ibu bapa ketika di rumah dan guru ketika di sekolah. Hal ini bagi membolehkan para guru dan ibu bapa mengawasi pergerakan dan tingkah laku anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam dunia siber mereka.

 

Gambar 3 : Program Dashboard Komuniti My Skool bersama pelajar Tadika KEMAS Beladin.

Gambar 4 : Sesi Memperkenalkan ICT kepada pelajar Tadika KEMAS Beladin

Di samping itu, bagi pelajar Tadika KEMAS Beladin pula, mereka juga diberikan pendedahan awal mengenai ICT terutamanya pengenalan kepada komputer dan langkah menggunakan ICT dengan betul.

Bagi memeriahkan lagi program Dashboard Komuniti My Skool ini, pihak Pusat Internet  Beladin turut mengadakan slot hiburan seperti kuiz, teka silang kata, dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk lebih meningkatkan pemahaman para pelajar mengenai Klik Dengan Bijak dalam bentuk praktikal dan santai.

 

 Gambar 5 : Para peserta program Dashboard Komuniti tekun
                                 menyelesaikan masalah dalam permainan teka silang kata.

Sebagai tanda penghargaan, pihak Pusat Internet Beladin telah menyampaikan cenderamata kepada kesemua peserta program kepada wakil kepada pihak sekolah. Di samping itu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Beladin juga menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada wakil pihak sekolah sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan.

 

Gambar 6 : Pihak PEDi Beladin menyampaikan cenderamata penghargaan kepada wakil sekolah SK Muton.

Pada masa yang sama, pihak PEDi Beladin telah meminta salah seorang wakil pihak sekolah untuk pendaftaran keahlian dashboard. Keahlian ini bertujuan sebagai wakil pihak sekolah untuk mempunyai aplikasi Dashboard My Skool tersendiri bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada para pelajar dan juga ibu bapa. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah meminta para ibu bapa untuk memuat turun aplikasi dashboard dalam Google Play Store bagi memudahkan perlaksanaannya dari peringkat mikro. Menurut salah seorang wakil pihak sekolah dalam program ini, aplikasi ini dapat merapatkan hubungan pihak sekolah dengan para ibu bapa dalam dimensi yang baharu selaras dengan kemajuan ICT di Malaysia. Menurut beliau lagi, ibu bapa tidak perlu lagi ke sekolah untuk mengetahui aktiviti anak-anak di sekolah, jika ibu bapa ada aplikasi ini, pasti ibu bapa terima menerusi telefon bimbit masing-masing.

Gambar 7 : Borang Pendaftaran Keahlian Dashboard yang telah diisi oleh salah seorang wakil dari SK Muton.

Setelah program telah sampai ke penghujungnya, pihak PEDi Beladin mengadakan sesi fotografi bersama para peserta program dan pihak sekolah sebagai tanda kenangan perjalanan program.  

Kami daripada Pusat Internet  Beladin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Muton, SK Beladin dan Tadika KEMAS atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program Dashboard Komuniti 'My Skool' bagi melahirkan generasi celik IT.