Program Celik ICT "RESUME"

Tarikh : 27 Jun 2019

Masa  : 02.00 - 05.00 Petang

Tempat : PI Beladin

Peserta : Mohammad Faisal Bin Zulkipli

Peserta diberi template resume yang telah disediakan oleh petugas PI. 

Latar belakang

Mohammad faisal menjalankan perniagaan persendirian iaitu perkhidmatan memandu lori. Usaha beliau untuk mencari kerja yang lebih baik membawa beliau untuk hadir dan meminta bantuan daripada petugas PI Beladin. Beliau memohon bantuan untuk memberi tunjuk ajar cara-cara membuat resume bagi memohon pekerjaan sebagai pemandu lori.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Mohammad Faisal tidak mahir dalam menggunakan MS Words dan cara-cara membuat resume.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kelas membuat resume menjadikan beliau berjaya menyiapkan resume dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas PI Beladin.