Laporan Aktiviti

Tarikh   : 28 Oktober 2018

Masa     : 08.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan Pusat Internet Beladin

Peserta : 47 orang peserta

 

TUJUAN

Dashboard Komuniti: Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar. Menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan.Menjadi tempat mendapatkan maklumat komuniti terkini.Menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian.Membantu proses pembelajaran pelajar.Menyediakan saluran komunikasi antara komuniti dan penguatkuasa tempatan.Menyediakan satu saluran pihak sekolah untuk mendekati komuniti.Menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat.

Advokasi KDB: Melahirkan komuniti yang bijak ict, positif, dan selamat semasa melayari internet. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Erezeki: Latihan asas untuk pendaftaran erezeki bagi memberi peluang komuniti menjana pendapatan sampingan melalui peluang-peluang pekerjaan online.

Sesi Taklimat dan Bergambar:-