Pi1M Comradz Productions, dibawah seliaan Pusat Internet 1Malaysia Beladin, telah menghasilkan sebuah trailer berjudul 'Tak Pasti Jangan Kongsi'. Trailer berdurasi 1 minit 4 saat ini mengambarkan bahana perkongsian maklumat tanpa tapisan atau diragui kesahihannya. Watak utama, Adib, salah seorang 'over-sharing' kerana tabiat beliau suka berkongsi tanpa kesahihan. Sikap ini jelas telah memakan dirinya sehingga mendapat tekanan daripada pelbagai pihak. Seperti yang sedia ditayangkan, permulaan trailer dan akhir trailer adalah menggambarkan jiwa Adib akibat tabiat tersebut. Oleh itu, pesanan daripada kami, sebelum berkongsi, pastikan anda layari WWW.SEBENARNYA.MY.. Bila dah sahih, baru anda kongsi.. Anda seorang yang bijak.. 

Untuk tontonan, sila klik link dibawah.. selamat menonton.. 'JIKA TIDAK, KAU ADALAH AKU'..